- kumara885
- 15 jam lalu
- 1 min membaca

GUA MUSANG - Seorang pekerja pembalakan menemui ajal dalam keadaan ngeri apabila diserang gajah yang mengamuk di kawasan penempatan pekerja di Aring 8 di sini pada Rabu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu, mangsa lelaki berusia 43 tahun dikatakan berada di kawasan rumah kongsi sebelum sekumpulan gajah liar muncul secara tiba-tiba di situ.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, beberapa rakan sekerja mangsa bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran haiwan tersebut.
“Sekawan gajah dilihat berada di kawasan penempatan pekerja terbabit sebelum menyerang mangsa.
“Mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri sebelum maut diserang binatang liar itu,” katanya pagi tadi.
Tambah beliau, mangsa ditemui maut pada jam 7 pagi keesokan harinya dalam keadaan tragis dengan kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.
“Pekerja-pekerja lain yang masuk semula ke kawasan itu menemukan mangsa yang sudah meninggal dunia.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menjalankan proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian," tegasnya lagi.




Komen