- kumara885
- 13 Okt
- 2 min membaca

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma teruk apabila menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior dalam insiden yang berlaku di dalam kelas di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka pada 2 Oktober lalu.
Lebih mengeruhkan situasi, tindakan tidak bermoral itu bukan sahaja dilihat oleh dua pelajar lain malah turut dirakam menggunakan telefon bimbit sebelum disebarkan dalam kalangan suspek.
Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.50 petang ketika mangsa berusia 15 tahun terbabit berpatah balik ke kelasnya di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek subjek sains yang tertinggal, lapor Malaysia Gazette.
“Sebaik tiba di kelas, mangsa yang juga pengadu kes perasan terdapat dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun sedang menghendapnya dari celah pintu kelas.
“Bagaimanapun selepas mengambil barangnya dan ketika sedang menuruni tangga, tiba-tiba suspek pertama menggenggam kuat tangan mangsa, menutup mulut dan menolaknya masuk semula ke dalam kelas di tingkat tiga.
“Seorang lagi rakannya pula menjaga di kawasan tangga sebelum dua lagi pelajar lelaki lain berusia 17 tahun masuk ke dalam kelas melihat suspek pertama membogelkan mangsa dan merogolnya,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.Aksesori telefon
Kejadian itu disaksikan kesemua empat suspek sebelum pelaku kedua juga bertindak merogol pengadu manakala suspek ketiga pula merakamkan perbuatan keji tersebut menggunakan telefon bimbit milik suspek pertama.
Sumber memaklumkan ketika kejadian, suspek keempat pula mengambil langkah menjaga kawasan kelas untuk mengelakkan jenayah terbongkar sebelum kesemua mereka meninggalkan pengadu di lokasi kejadian.
Polis Melaka turut mengesahkan bahawa kesemua suspek 17 tahun itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes yang sedang disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol secara berkumpulan.
Mangsa kejadian telah dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan masih mendapat rawatan di hospital tersebut.





Komen