top of page

Pelajar perempuan maut ditikam pelajar lelaki di sekolah

  • kumara885
  • 14 Okt
  • 1 min membaca
Pelajar perempuan mati ditikam pelajar lelaki di sekolah di Petaling Jaya pada Selasa
Pelajar perempuan mati ditikam pelajar lelaki di sekolah di Petaling Jaya pada Selasa

PETALING JAYA, 14 Oktober - Seorang pelajar perempuan yang menuntut di Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas disyaki ditikam oleh seorang pelajar lelaki sekolah sama pada Selasa.


Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi tadi, yang mana suspek merupakan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau sebelum melakukan jenayah tersebut.


Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.


Pihak polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.


Dijangkakan maklumat penuh berhubung kejadian itu akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam masa terdekat.


Komen


bottom of page