top of page

Pelajar perempuan OKU dicabul rakan sekolah

  • S.KUMARA
  • 8 Nov 2025
  • 1 min membaca


KUALA LUMPUR - Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melalui detik hitam apabila dicabul rakannya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.


Mangsa yang berumur 16 tahun itu dipercayai dicabul suspek dalam tandas sekolah tersebut.


Kejadian itu bagaimanapun akhirnya diketahui ibu mangsa sebelum satu laporan telah dibuat di Balai Polis Cheras untuk siasatan dan tindakan lanjut


Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sambil mengesahkan maklumat itu memberitahu bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.


"Satu laporan polis dibuat berkaitan kejadian dan siasatan sedang dijalankan," katanya lagi.-malaysiatoday


Komen


bottom of page