Pelajar Tingkatan 2 ditahan amang seksual terhadap pelajar perempuan
- kumara885
- 17 Okt
- 1 min membaca

Pelajar tingkatan dua ditahan amang seksual terhadap pelajar wanita
SHAH ALAM, 17 Oktober - Polis berjaya menahan seorang pelajar Tingkatan Dua bagi membantu siasatan selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap pelajar perempuan, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, suspek seorang remaja warga tempatan berusia 14 tahun telah ditangkap di tepi Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar.
"Kita telah membuat permohonan reman ke atas suspek kelmarin di mahkamah dan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut polis dalam kes ini.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam lebih kurang 9.30 pagi 13 Oktober lalu ketika waktu rehat di dalam salah sebuah sekolah menengah yang terletak di daerah Sabak Bernam.
"Mangsa yang terjejas dalam insiden ini adalah seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berusia 15 tahun," katanya malam tadi.
Md Yusof berkata, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.





Komen