top of page

Pemain Warisan: Keputusan FIFA berunsur politik, janji juang habis-habisan

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
TMJ sifatkan keputusan FIFA agenda politik
TMJ sifatkan keputusan FIFA agenda politik

KUALA LUMPUR- Penasihat Pasukan Bolasepak Kebangsaan Harimau Malaya Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim membidas keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia terhadap kes pemalsuan dokumen dan penggantungan tujuh pemain warisan.


Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sambil mempertahankan pemain-pemain itu menyifatkan tindakan FIFA sebagai penterjemahan tidak betul terhadap peraturan mereka sendiri.


"Badan kawalselia bola sepak dunia itu menggunapakai Article 22 dalam Kod Etika Disiplin.


"FIFA terus menghukum pemain dengan menyalahgunakan undang-undang yang mana Article 22 dalam Kod Etika FIFA menyebut bahawa hukuman hanya boleh dilaksanakan terhadap seseorang yang memalsukan atau menggunakan dokumen palsu dan tiada antaranya digunapakai untuk pemain-pemain berkenaan," tulis beliau dalam Instagram beliau.


"Erti kata lain, hukuman itu dilaksanakan tanpa asas undang-undang dan jelas kelihatan wujud agenda politik," titah baginda.


Baginda juga menegaskan akan terus menyokong pemain Harimau Malaya memandangkan mereka bersiap untuk merujuk kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).


"Ada yang memilih untuk menuding jari, ada yang memilih untuk membuat bising (komen negatif), manakala saya memilih untuk berdiri teguh dan menyokong perjuangan para pemain warisan kita walau apa sahaja kos (yang diperlukan) hingga ke akhirnya habis-habisan.

" Kini kes akan dibawa ke CAS iaitu sebuah badan bebas,” kata Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu," ujar baginda.


Dalam kenyataan malam Isnin, FIFAmenolak rayuan FAM dan mengekalkan hukuman ke atas tujuh pemain warisan digantung FIFA selama setahun dan dikenakan denda CHF2,000 (RM11,000), melibatkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.


Komen


bottom of page