top of page

Pemandu bakar lori, elak disita JPJ

  • kumara885
  • 24 Okt
  • 1 min membaca
Pemandu lori sanggup bakar lori milik elak disita JPJ dalam kejadian di Kuala Nerus, Terengganu semalam.
Pemandu lori sanggup bakar lori milik elak disita JPJ dalam kejadian di Kuala Nerus, Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang pemilik lori sanggup bertindak membakar kenderaan berat miliknya sendiri selepas menyedari ia bakal disita oleh Jabatan Pengangkutan Jabalan (JPJ) negeri Terengganu.


Kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari di hadapan sebuah Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus di sini semalam.


Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata, semasa kejadian berlaku pasukan peronda JPJ mengesan sebuah lori yang sedang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sebelum menahan kenderaan terbabit untuk pemeriksaan lanjut.


"Hasil pemeriksaan mendapti pemandu lori itu seorang remaja bawah umur manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh lebih dua tahun, selain dikesan gagal menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sejak 2023.


"JPJ mengambil tindakan menyita lori itu namun pemilik kenderaan yang tiba di lokasi kemudian enggan memberi kerjasama dengan kami sebelum tiba-tiba dia bertindak membakar lori berkenaan dalam cubaan menghalang tindakan sitaan.


"Siasatan awal mendapati pemilik syarikat mempunyai enam saman aktif atas nama syarikat serta empat saman atas nama pemandu," katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Beliau berkata, antara kesalahan yang direkodkan termasuk memandu tanpa LKM sah, tiada insurans, pemandu bawah umur di bawah 17 tahun serta dua kesalahan ubah suai kenderaan.


Komen


bottom of page