Pemandu lori ditembak di Kuala Selangor:10 diberkas, dua suspek lagi diburu - Bukit Aman
- kumara885
- 18 Okt
- 2 min membaca

MT NEWS 18 OKT
jenayah
Pemandu lori ditembak:10 diberkas, dua suspek lagi diburu - Bukit Aman
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membuat tangkapan ke atas 10 suspek yang disyaki bertanggungjawab terhadap insiden seorang pemandu lori ditembak di perut dalam kejadian yang berlaku di Kuala Selangor pada 7 Oktober lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Komisioner Datuk M. Kumar berkata pihaknya telah menerima laporan polis melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pemandu lori diembak pada jarak dekat dan tercedera di bahagian perut.
Katanya lagi, bertindak atas aduan dan maklumat yang diperolehi, Bukit Aman dengan kerjasama Polis Selangor berjaya menjalankan beberapa tangkapana sekitar Selangor.
"Hasilnya, kita berjaya menahan 10 lelaki tempatan berusia 21 hingga 40 tahun disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang.
"Tangkapan itu berjaya membawa polis ke sebuah rumah di Kuala Selangor pada 10 Oktober lalu sebelum serbuan dan pemeriksaan berjaya menemukan sepucuk pistol automatik jenis Beretta yang disyaki digunakan suspek dalam kes tembakan itu," kata beliau dalam sidang media semalam.
Tambah Kumar, hasil siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.
"Semakan lanjut polis mendapati kesemua 10 suspek itu mempunyai pelbgai rekod jenayah kekerasan dan kesalahan dadah.
"Kini polis memperhebatkan usaha dan sedang memburu dua lagi suspek disyaki terlibat dalam insiden ini bagi membantu siasatan.
"Salah seorang daripada suspek yang sedang diburu itu merupakan individu dalam senarai dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.
"10 suspek yang ditahan itu sedang direman sehingga 20 Oktober ini dan disiasat di bawah SEksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
"PDRM tidak akan berkompromi dan akan terus membanteras kegiatan jenayah terancang di negara ini," tegas beliau.





Komen