Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namwee direman enam hari
- kumara885
- 6 Nov 2025
- 1 min membaca

Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namwee direman enam hari
KUALA LUMPUR: Polis telah mendapatkan perintah reman selama enam hari terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes pempengaruh wanita Taiwan yang disyaki dibunuh.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.
"Perintah reman ke atasnya (Namewee) dikeluarkan bermula hari ini 5 November hingga 10 November," katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, Namewee, 42, menyerah diri di IPD Dang Wangi, awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi, 31.
Siasatan kes pada awalnya telah diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) sebelum polis pada Isnin mengumumkan ia ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Jika disabitkan bersalah boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun.
Mayat wanita terbabit ditemui dalam tab mandi bilik air di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, di sini, 1.40 petang, 22 Oktober lalu.





Komen