Pengakap Malaysia lawat Media Prima kukuh kerjasama sebaran maklumat kepengakapan di seluruh negara.
- S.KUMARA
- 6 Nov
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke syarikat media terkemuka, Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar.
Delegasi PPM diketuai oleh Ketua Pengakap Negara, YBhg Mej Jen Dato’ Prof Dr Mohd Zin bin Bidin.
Hadir sama, Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negara, YBhg Dato Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs Tuan Haji Ahmad Sabri bin Saad.

Turut hadir, Pesuruhjaya Program Negara, YBrs Tuan Haji Noor Hashim bin Ismail, serta Pesuruhjaya COMSTAR, YBrs Tuan Haji Mohamad Letfee bin Ahmad.
Pihak Media Prima Berhad pula diwakili oleh Pengarang Kumpulan Berita & Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima, YBrs En. Azhari Muhidin, dan Timbalan Pengurus Besar Berita, Media Prima, YBrs Puan Farrah Naz Abd Karim.
Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian, YBrs En. Zulkifli Jalil, dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, YBrs En. Husain Jahit.

Delegasi PPM turut berpeluang melawat Balai Berita dan menyaksikan secara dekat proses penulisan serta penyuntingan berita, selain meninjau operasi di studio rakaman televisyen dan radio.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Persekutuan Pengakap Malaysia dan industri media dalam memperluas jangkauan serta penyebaran maklumat aktiviti kepengakapan di seluruh negara. - malaysiatoday.com.my





Komen