top of page

Perang PRN Sabah: Bung Menteri paling gagal dalam peradaban manusia - Amizan

  • Editorial
  • 19 Nov
  • 2 min membaca
Amizan Mohd Ali
Amizan Mohd Ali

TAWAU - Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah menteri paling gagal dalam sejarah peradaban manusia.


Dakwa Armizan, kegagalan bekas Menteri Kerja Raya (KKR) Sabah itu menyebabkan kerajaan GRS kerugian dua tahun memulihkan Sabah.


Ujar beliau, kegagalan itu dapat dilihat jelas melalui isu air dan elektrik yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan.


"Semasa dua tahun Bung Moktar menjadi Menteri Kerja Raya Sabah, tidak ada projek utama penstabilan bekalan air mula dilaksana.


"Contohnya di Tawau sendiri, Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 Tawau hanya dilaksana selepas beliau tidak wujud di KKR, iaitu bermula 22 Julai 2025 dan dijangka siap 22 Julai 2028.


"Di kawasan saya di Papar juga, projek naik taraf LRA Kogopon yang telah ada dalam perancangan lebih awal, hanya dapat dimulakan pada bulan Ogos 2023, setelah beliau tiada di KKR dan Datuk Ir Shahelmy Yahya menjadi Menteri KKR baharu," katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Jentera Muda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu di Tawau, pada Selasa malam.


"Kedua-dua projek ini telah ada dalam perancangan, dan sebagai Menteri KKR, jangan tuding jari kegagalan kepada pihak lain," bidas beliau lagi.


"Berkaitan isu elektrik khususnya kuasa kawal selia elektrik, secara rasmi dipindahkan kepada Kerajaan Sabah hanyalah pada 3 Januari 2024.


"Selepas 41 tahun kuasa kawal selia dipegang oleh kerajaan Persekutuan iaitu sejak tahun 1983," katanya.


Armizan turut menjelaskan bahawa agensi pembekal tenaga, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sehingga kini masih dimiliki secara majoriti oleh kerajaan Persekutuan melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB).


"Maka, tidak wajar hanya menyalahkan kerajaan GRS kerana sekian lama kuasa dipegang oleh kerajaan Pusat.


"Semasa menjadi Menteri KKR, walaupun elektrik bukanlah di bawah bidang tugas Menteri KKR, namun Bung sentiasa mahu tunjukkan kuasa," dakwa beliau.

Komen


bottom of page