top of page
  • kumara885
  • 3 hari lalu
  • 1 min membaca
ree


PETALING JAYA - Perjanjian bersejarah antara Thailand dan Kemboja menjadi titik tolak kepada berakhirnya pertikaian antara kedua-dua negara, sekali gus membuka lembaran baharu era keamanan dan kerjasama dua hala di rantau Asia Tenggara.


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perjanjian bersejarah dikenali sebagai Perjanjian Perdamaian Kuala Lumpur itu berjaya dimeterai semalam dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.


"Langkah ini lahir daripada rundingan damai yang dimulakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Julai lalu dan akhirnya membawa hasil positif kepada kestabilan serantau.


“Ia juga menandakan kesediaan kedua-dua negara untuk menghentikan peperangan, membebaskan tawanan, dan membenarkan pemerhati ASEAN termasuk Malaysia menilai pelaksanaan damai di lapangan,” katanya dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, hari ini.


Semalam, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menyaksikan satu lagi sejarah penting apabila Thailand dan Kemboja bersetuju untuk memeterai Perjanjian KL Accord bagi melaksanakan genjatan senjata, sekali gus mewujudkan pendamaian di sempadan kedua-dua negara.


Pemeteraian perjanjian damai itu ditandatangani antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dalam satu majlis khas yang turut dihadiri dan disaksikan oleh Trump.


Turut hadir adalah Anwar yang juga merupakan Pengerusi ASEAN.


Komen


bottom of page