top of page
  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
ree


SHAH ALAM, 17 Oktober - Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan senarai penuh calon-calon mereka yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada awal November depan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, PH menyasarkan untuk meletakkan calon di 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN kali ini.


"Calon yang bakal diketengahkan melibatkan gabungan muka lama dan baharu, teknokrat dan bekas penjawat awam serta kepimpinan di peringkat cabang.


"Setakat ini, kita dimaklumkan ada 21 hingga 23 kerusi ditawarkan untuk PH, tetapi senarai calon yang dipersetujui akan diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal November," katanya kepada pemberita di sini.


Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menambah bahawa jentera PH cukup bersedia dan bersemangat tinggi untuk menggerakkan kempen bagi memenangkan calon-calon parti itu pada pilihan raya berkenaan.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.


Komen


bottom of page