top of page

PKR Tambun lapor polis individu muat naik gambar hina PMX

  • kumara885
  • 1 Nov
  • 1 min membaca
PKR Tambun membuat laporan polis individu muat naik gambar menghina PMX dalam media sosial di Ipoh
PKR Tambun membuat laporan polis individu muat naik gambar menghina PMX dalam media sosial di Ipoh


IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tambun membuat laporan polis berhubung penyebaran satu grafik menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dimuat naik oleh seorang wanita dipercayai kakitangan sebuah bank di media sosial.


Timbalan Ketua PKR Cabang Tambun, Kalaimughilan Arjunan berkata, tindakan individu berkenaan yang memuat naik grafik menggambarkan Perdana Menteri berpakaian bendera Israel dan memakai pottu berunsur keagamaan Hindu dianggap sebagai satu bentuk penghinaan serius terhadap pemimpin nombor satu negara itu.


Menurutnya, penghinaan seumpama itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak walaupun tidak menyukai kerajaan mahupun Perdana Menteri.


“Kami melihat perkara ini amat serius dan perlu dihentikan segera.


"Dalam sejarah pentadbiran negara, tidak pernah tahap penghinaan terhadap seorang Perdana Menteri setinggi ini seperti yang berlaku semasa pimpinan Datuk Seri Anwar.


"Kami berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan jenayah ini," katanya lagi.


Komen


bottom of page