PM Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah mendoakan kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Alan
- 4 hari lalu
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan kesembuhan segera buat Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN pada pukul 9.30 pagi tadi selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya.
Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, mengesahkan perkara itu melalui makluman di saluran rasmi WhatsApp Dr M Media Updates, memaklumkan bahawa pemimpin berusia 100 tahun itu dikejarkan ke IJN menggunakan ambulans dan berada dalam keadaan sedar.





Komen