top of page

PM setuju PDRM ambil tindakan pihak kibar bendera Israel, papar tulisan Hebrew

  • kumara885
  • 14 Okt
  • 1 min membaca
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari i ini menegaskan bahawa tindakan perlu diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab mengibarkan bendera Israel dalam satu program yang dijalankan di Kelantan baru-baru ini.


Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak berkaitan, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan bahawa pihak berkuasa polis wajar bertindak dalam perkara tersebut.


Malah katanya, tindakan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda tular selepas dilihat menampal pelekat tulisan Hebrew di kenderaannya sebelum ini terbukti menyinggung perasaan rakyat dan bertentangan dasar negara, yang kemudian disusuli tindakan daripada pihak polis.


"Jadi (kalau ikut) dasar negara, termasuk (kibar) bendera (Israel) walaupun apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis diarah mengambil tindakan yang sewajarnya.


"Mana ada negara di dunia ini, seperti mana dijajah? Orang yang angkat bendera 'Union Flag' itu kita anggap pengkhianat, sama juga dengan apa yang berlaku soal bendera (Israel).


"Walaupun apa alasan yang diberikan, saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran. Jangan (dibenarkan) berlaku," katanya.


Anwar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada Waktu Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.


Komen


bottom of page