top of page

PN Persoal kewibawaan SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Libatkan Shamsul Iskandar

  • EDITOR
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
Takiyuddin dalam sidang media bersama ahli-ahli Parlimen PN di Dewan Rakyat pada Khamis
Takiyuddin dalam sidang media bersama ahli-ahli Parlimen PN di Dewan Rakyat pada Khamis

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, persoalan itu timbul selepas pihaknya mendapati nama SPRM juga disebut terlibat dalam kes tersebut.


“Kami telah mengeluarkan kenyataan media yang jelas sebelum ini (apabila dakwaan kes rasuah timbul) dan pada masa itu gesaan kita supaya siasatan yang terperinci perlu dijalankan oleh agensi-agensi penguat kuasa seperti SPRM dan sebagainya.


“Tetapi bila timbul pula dakwaan terkini sama ada tepat atau tidak kami tak pasti iaitu (mengenai) penglibatan SPRM sendiri di belakang ‘wayang’ yang berlaku ini.


"Jadi kewibawaan dan kredibiliti SPRM untuk menjadi pihak penyiasat pun dipersoalkan,” katanya pada sidang media berkaitan isu itu di Dewan Rakyat pada Khamis.


Terdahulu, media melaporkan Pas berpendapat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak lagi wajar terlibat dalam siasatan berhubung dakwaan kes rasuah yang didedahkan ahli perniagaan, Albert Tei.


Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hal itu kerana nama pemimpin tertinggi agensi antirasuah tersebut disebut dalam klip video terbaru yang dimuat naik pada Rabu.


Komen


bottom of page