top of page

Polis buru kumpulan merusuh, cederakan tiga lelaki dengan senjata

  • Editorial
  • 28 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh dan menyerang tiga lelaki menggunakan senjata.


Kejadian itu difahamkan berlaku di Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam sebelum siasatan mendapati pergaduhan berlaku kira-kira 10 minit sebelumnya.


"Kejadian dipercayai membabitkan dua kumpulan lelaki tempatan yang identiti mereka masih belum dikenal pasti.


"Tiga mangsa merupakan lelaki tempatan berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun. Mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan,” katanya di sini.

Tambah Noor Ariffin, kumpulan suspek dipercayai menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata, manakala motif kejadian masih belum dapat dikenal pasti.


"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.- malaysiatoday.com




Komen


bottom of page