top of page
  • kumara885
  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca
ree


BERA - Polis sedang giat mengesan pemilik lembu yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa seorang bayi perempuan 11 bulan di Kilometer 49 Jalan Kerayong - Simpang Kepayang di sini pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini belum ada individu yang tampil mengaku sebagai pemilik haiwan ternakan berkenaan.


"Siasatan turut menjurus kepada aspek kecuaian pemilik haiwan yang membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan awam sehingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.


“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu (EKKL) jika didapati cuai atau gagal mengawal ternakan masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Komen


bottom of page