top of page

Polis buru saki baki suspek serang wartawan sukan

  • Editorial
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR – Polis telah memperhebatkan usaha dan sedang memburu saki-baki individu yang disyaki terlibat dalam insiden serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol pada 25 November lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, walaupun seorang suspek dalam kes berkenaan sudah dituduh di mahkamah, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti dan menahan semua yang terlibat dalam kejadian tersebut.


"Walaupun suspek telah dituduh, siasatan masih berjalan kerana pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, iaitu secara bersama.


"Kita sedang mengesan saki baki individu lain yang dipercayai terbabit sama dalam kejadian ini, ” katanya di ibu negara pada Isnin.


Bagaimanapun beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut sama ada polis sudah mengenal pasti suspek lain dalam kes tersebut.


Dalam insiden pada 25 November lalu, Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, mendakwa beliau telah diserang dua lelaki ketika sedang menuju ke keretanya.


Manakala, seorang lagi individu merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbit.

Komen


bottom of page