top of page
  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
ree


KUALA LUMPUR - Polis melaksanakan kawalan ketat di sekitar Ampang Park, Jalan Ampang, di sini bagi mengelakkan sebarang penganjuran himpunan pada Ahad.


Pemerhatian di laluan masuk ke lokasi itu didapati ia dipantau dan pemeriksaan ketat dilakukan anggota kepada pengguna jalan raya yang hendak melalui kawasan itu.


Antara elemen Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi itu ialah Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).


Beberapa trak polis turut kelihatan di lokasi terbabit diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Sebelum itu, difahamkan satu himpunan akan dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berlangsung di ibu negara.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus minggu lalu menegaskan bahawa masyarakat perlu mematuhi undang-undang selaras dengan nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan orang awam.



Komen


bottom of page