top of page

Polis klasifikasi kematian pempengaruh Taiwan di KL sebagai kes bunuh

  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Fadil
Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Fadil

KUALA LUMPUR - Polis pada hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel, di ibu negara pada 22 Oktober lalu sebagai kes bunuh.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata sebelum ini siasatan kes terbabit diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR).


"Namun, kini ia telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


"Siasatan lanjut kes sedang dijalankan," katanya ringkas dalam kenyataan pada Selasa.


Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun jika disabitkan kesalahan.


Pempengaruh berusia 31 tahun itu ditemui terbaring dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Oktober lalu.


Dia dilaporkan memasuki negara ini pada 20 Oktober melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1).


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat


Difahamkan ketika kejadian, penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, turut berada dalam bilik sama bersama simati.


Namewee, kemudiannya ditahan membantu siasatan selepas polis mengesyaki dia memiliki dan menggunakan dadah.


Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah selepas didakwa di mahkamah.


Komen


bottom of page