Polis masih siasat lelaki mengamuk bawa pisau pemotong daging
- kumara885
- 13 Okt
- 1 min membaca

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat motif kejadian seorang lelaki mengamuk dan cuba menyerang orang awam dengan pisau pemotong daging di Taman Jasa Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, suspek berusia 25 tahun yang ditahan itu bekerja sebagai pekerja am.
"Punca suspek mengamuk sama ada dia ada masalah kesihatan masih disiasat. Siasatan setakat ini mendapati dia tidak terbabit dalam kes samun," katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, Azaharudin menjelaskan senjata tajam yang dibawa suspek berasal dari dapur rumah yang didudukinya.
Beliau berkata, anggota polis mengambil masa selama kira-kira 20 hingga 25 minit untuk memberkas suspek.
Sebelum ini, dilaporkan seorang lelaki tempatan mengamuk dan mahu menyerang orang awam dengan membawa pisau pemotong daging berjaya ditahan polis.
Polis melepaskan satu das tembakan amaran sebelum berjaya menahan suspek tersebut.
Suspek kini direman selama enam hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.





Komen