top of page

Polis tagih bantuan awam kesan dua kanak-kanak hilang

  • kumara885
  • 2 Nov
  • 1 min membaca
ree


PUCHONG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dalam dua kejadian berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad, berkata kes pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak pulang selepas keluar dari rumah di Bandar Puchong Jaya, Khamis lalu.


“Kehilangannya dilaporkan oleh ibunya berusia 41 tahun. Remaja berkenaan dikenali sebagai Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah, berkulit cerah, bertubuh kurus, berambut pendek hitam dan berketinggian 162 sentimeter,” katanya dalam kenyataan pagi tadi.


Muhamad Farid menambah bahawa dalam kes kedua pula, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 34 tahun berkaitan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun selepas keluar dari rumah di sebuah pangsapuri di Seksyen 3 Taman Kinrara pada Jumaat.


"Kanak-kanak tersebut dikenali sebagai V Kangadevi berkulit gelap, rambut panjang berwarna hitam dan memiliki ketinggian 145 sentimeter," katanya.


, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat yang bertugas.


"Orang ramai boleh menghubungi Inspektor M Sivantha bagi kes kanak-kanak perempuan dan Inspektor Muhammad Yusof Hasan Ganny bagi kes remaja lelaki di talian 03-80762222," tegasnya.


Komen


bottom of page