Polis temui senjata pisau, kerambit pada suspek tikam pelajar
- kumara885
- 15 Okt
- 1 min membaca

PETALING JAYA: Polis sedang meneliti senjata yang digunakan pelajar 14 tahun sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, ketika menikam seorang pelajar perempuan 16 tahun sekolah sama, pagi tadi.
Ini susulan penemuan dua senjata iaitu pisau dan satu lagi dipercayai kerambit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata setakat ini pihaknya masih belum dapat mengesahkan senjata yang digunakan suspek.
"Pada masa ini kita masih belum dapat memastikan senjata yang digunakan suspek sehinggalah siasatan secara terperinci selesai.
"Ini termasuk daripada beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa, kita juga masih menunggu laporan bedah siasat yang akan dijalankan," katanya.
Orang ramai katanya, diminta untuk tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.





Komen