top of page

PRN-17 Sabah: BN umum tanding 41 kerusi DUN

  • EDITOR
  • 10 Nov
  • 2 min membaca
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  hadir majlis pengumuman calon BN bertanding dalam PRN ke-17 Sabah bersama pemimpin parti komponen di Kota Kinabalu, semalam
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir majlis pengumuman calon BN bertanding dalam PRN ke-17 Sabah bersama pemimpin parti komponen di Kota Kinabalu, semalam


KOTA KINABALU - Teka teki jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional akhirnya terjawab apabila BN Sabah mengumumkan 41 calon untuk bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).


Nama kesemua calon bertanding itu telah diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu majlis pengumuman di Bangunan UMNO di sini pada malam Ahad dengan dihadiri Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Bung Moktar berkata, BN Sabah telah mengesahkan penyertaan dalam PRN17 dengan menggunakan lambang keramat iaitu dacing.


"Selepas melalui proses perundingan, penelitian dan penilaian menyeluruh, BN Sabah akan menampilkan calon-calon bagi menggalas amanah parti pada PRN kali ini.


"Calon-calon ini merupakan gabungan terbaik dan yang berpengalaman berwibawa, berketrampilan dan mempunyai rekod berkhidmat kepada rakyat.


"Mereka dipilih bagi membawa agenda pembaharuan untuk negeri Sabah yang berpaksikan kepentingan rakyat Sabah," katanya semasa pengumuman tersebut.


Tambah Bung Mokhtar lagi, lebih 30 peratus calon yang diumumkan adalah mewakili golongan muda Sabah membuktikan kepentingan BN memperkasa penglibatan generasi ini dalam membawa suara anak muda dalam pertahankan kerajaan negeri, khususnya dalam menerajui agenda pekerjaan berkualiti, inovatif, digital berkepupayaan belia dan ekonomi setempat.


"Calon BN yang ditengahkan juga diperkukuhkan dengan tahap pendidikan yang tinggi yang majoriti mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah PHD dan dua orang adalah doktor perubatan.


"Ini membuktikan bahawa calon-calon yang ditawarkan bukan sahaja berpengalaman tetapi juga berkualiti dari segi intelektual dan profesionalnya malah mampu menerajui agenda ekonomi, teknologi serta pembangunan sosial negeri dengan lebih kompiten dan berwibawa," ujarnya lagi. - malaysiatoday


Komen


bottom of page