top of page

PRN-17 Sabah: Kesemua ADUN Bebas beri sokongan bentuk kerajaan negeri

  • EDITOR
  • 30 Nov
  • 1 min membaca
ree

KOTA KINABALU -Kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menang kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 semalam dipercayai memberi sokongan dalam membentuk kerajaan Sabah.


Timbalan Setiausaha Agung, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya bersyukur kerajaan Sabah terbentuk semula atas mandat rakyat yang diperolehi semalam.


Katanya, kerajaan Sabah terbentuk dengan majoriti mudah dan mendapat sokongan ADUN termasuk semua ADUN bebas yang sebelum ini berada bersama kerajaan GRS.


"Syukur Alhamdulillah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan dihadiri ADUN yang memberikan sokongan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.


"Insya-ALLAH, GRS dan rakan-rakan parti dan semua ADUN Bebas, yang sebelum ini berada dalam GRS sama ada sebagai ADUN atau pimpinan parti sebelum pembubaran, akan bergerak segera menunaikan mandat dan amanah rakyat Sabah," katanya menerusi Facebook rasminya pada Ahad.


Sejurus keputusan PRN diumumkan Presiden Parti GRS Datuk Seri Hajiji Noor telah berangkat ke Istana TYT Sabah dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 3.10 pagi Ahad.


Komen


bottom of page