PRN ke-17 Sabah: Seramai 596 calon daripada 24 parti bertanding
- Editorial
- Nov 19
- 1 min membaca

KOTA KINABALU – Seramai 596 calon bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah pada 29 November ini.
Kesemua calon itu mewakili 24 parti ;politik serta calon Bebas disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi pada Sabtu minggu lalu.
Proses penamaan calon berlangsung serentak di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) melibatkan 73 kerusi di seluruh negeri. SPR turut mengesahkan tiada pencalonan ditolak, menandakan semua kerusi akan menyaksikan saingan penuh.
Menurut kenyataan SPR, calon Bebas muncul sebagai kumpulan terbesar dengan 74 calon bertanding pada PRU kali ini.
Parti-parti utama pula terdiri daripada Warisan (73 calon), diikuti Parti Impian Sabah (PIS) (72), manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengemukakan 55 calon.
Parti STAR menghantar 46 calon, Barisan Nasional (BN) seramai 45, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan 42 calon.
Bagi parti lain, KDM menurunkan 40 calon, UPKO (25), Pakatan Harapan (PH) (22) dan PKS (20).
Parti-parti baharu serta parti kecil turut mengambil tempat, dengan Pejuang, Bersama dan Perpaduan masing-masing menghantar seorang calon.
SPR turut memaklumkan bahawa pertandingan sehingga 14 penjuru berlaku dalam pilihan raya kali ini.
Untuk rekod, PRU Sabah kembali mencatat pertandingan pelbagai penjuru yang tinggi dengan:
Pertandingan 6 penjuru berlaku melibatkan 13 DUN di PRN Sabah kali ini menyaksikan jumlah paling besar kali ini.- malaysiatoday





Komen