top of page

PRN Ke-17 Sabah: Undi awal bermula 8 pagi

  • EDITOR
  • 25 Nov
  • 1 min membaca
ree

KOTA KINABALU - Seramai 24,426 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Selasa bagi memilih wakil rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini.


Daripada jumlah tersebut, seramai 11,697 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi merupakan anggota polis serta pasangan.


Manakala, sebanyak 58 pusat pengundian awal dibuka serentak di seluruh negeri bermula tepat 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat.


Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri. 


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di seluruh negeri sepanjang hari pengundian awal.


Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 November ini. 


Dengan selesainya proses pengundian awal pada Selasa, tumpuan kini beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu.


Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas.


Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 November lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 November ini. - malaysiatoday



Komen


bottom of page