PRN Sabah: 10,000 anggota polis bertugas kawal keselamatan
- kumara885
- 5 hari lalu
- 1 min membaca

TAWAU - Kira-kira 10,000 anggota polis akan bertugas dalam proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula tarikh penamaan calon pada 15 November hingga hari pengundian 29 November ini berjalan lebih lancar.
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, anggota dari Pejabat Polis Kontinjen Sarawak juga akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kekuatan anggota bertugas sepanjang tempoh PRN berlangsung.
"Pembekuan semua cuti telah pun kita keluarkan, kecuali cuti yang dibenarkan itu kita semak berdasarkan case-by-case.
"Saya telah mendengar taklimat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, mengenai kesiapsiagaan polis mendepani plilhan raya negeri itu kali ini.
"Hal ini termasuk dari segi latihan, kesemuanya, terutama yang membabitkan mengawasi perjalanan peti undi, kawasan terpencil, kita telah menjalankan latihan dan simulasi, di samping taklimat bersama agensi lain," katanya.
Beliau dalam perkembangan sama menagih kerjasama semua parti politik bertanding agar membantu melancarkan perjalanan PRN kali ini.
Beliau juga menyatakan keyakinan bahawa parti-parti politik bertanding di PRN negeri Sabah kali ini akan berkempen secara berhemah demi kesuburan demokrasi politik dan proses mengundi oleh rakyat negeri tersebut terjamin.





Komen