top of page

PRN Sabah: Amizan tolak dakwaan bertanding di DUN Pantai Manis

  • S.KUMARA
  • 9 Nov
  • 1 min membaca
ree


PENAMPANG - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menafikan bahawa beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis seperti yang tular di media sosial pada Sabtu.


Penafian itu sekali gus menolak dakwaan tersebut yang menyatakan bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen Papar kononnya bakal calon Ketua Menteri Sabah di masa hadapan.


"Saya fikir mengenai bertanding calon di Pantai Manis ini saya sudah sudahpun jawab sebelum ini. Saya tidak berhajat untuk bertanding di kerusi DUN termasuk Pantai Manis.


"Kalau saya ada 48 jam sehari mungkin saya boleh pertimbangkan tapi sama macam semua, hanya 24 jam sehari.


"Jadi saya fikir tanggungjawab sedia ada itu sudah cukup mencabar dan besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program My Gaya Sabah 2025 Promosi Industri Fesyen Tempatan Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di sini pada Sabtu.


Armizan bagaimanapun berkata, seperti yang dikatakan sebelum ini, beliau berharap ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) datang dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Pantai Manis.


Komen


bottom of page