PRN Sabah: BN optimis rampas Sabah
- Editorial
- 25 Nov
- 1 min membaca

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) optimis parti itu dapat merampas negeri Sabah berdasarkan 45 kerusi yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) pada kali ini sekali gus memberi peluang kepada gabungan itu menguasai semula pemerintahan di negeri itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keyakinan itu disokong dengan komitmen dan persiapan jentera serta sambutan akar umbi yang memberangsangkan.
"Di Sabah, BN bertanding 45 kerusi, sudah tentulah kita ada keyakinan untuk menang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Visonary De' Tea Logue anjuran Yayasan Pahang di sini.
Tambah beliau, jumlah kerusi yang ditandingi BN di Sabah kali ini memadai untuk gabungan itu membentuk kerajaan negeri.
"Alhamdulillah penerimaan baik. Radu tetap radu, radu sampai menang," katanya yang turut turun berkempen di Sabah pada kali ini.
Hari Mengundi PRN Sabah pada 29 November ini menyaksikan seramai 596 calon bakal bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.





Komen