PRN Sabah: DAP akan umum satu lagi calon DUN kawasan pedalaman - Anthony Loke
- S.KUMARA
- Nov 10
- 1 min membaca

BUKIT MERTAJAM - DAP dalam masa terdekat akan mengumumkan calon mereka bagi satu lagi kerusi di kawasan pedalaman yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbincangan bersama rakan-rakan parti dalam gabungan masih diteruskan sebelum pengumuman rasmi dibuat kelak.
"Seperti yang saya katakan semalam, ada satu kerusi lagi di pendalaman yang belum kita umumkan.
"Kita akan umumkan dalam masa terdekat sebab semalam ada sedikit lagi perbincangan dengan rakan-rakan parti lain," katanya.
Anthony Loke berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang pada Ahad.
Anthony menjawab sebagai mengulas pertanyaan pemberita sama ada DAP akan menamakan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan akan bertanding di kawasan tersebut
Sementara itu, Anthony juga menambah bahawa senarai calon DAP pada PRN kali ini menampilkan 50 peratus calon wanita, manakala sebahagian besar lagi terdiri daripada golongan muda.





Komen