top of page

PRN Sabah: Penalti RM50 juta jika calon lompat parti - Amaran Pengerusi BN

  • Editorial
  • 23 Nov
  • 1 min membaca
ree

KINABATANGAN -Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) yang didapati melompat parti akan dikenakan penalti RM50 juta atau berdepan tindakan mahkamah.


Itu amaran yang dilontarkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November ini.


Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau telah menerima aku janji bahawa mana-mana ADUN daripada BN yang melompat pada PRN Sabah ke-17 akan dikenakan penalti sedemikian.


"walaupun mustahil untuk ADUN yang dipilih pada PRN kali ini melompat disebabkan Akta Lompat Parti, sekiranya situasi itu berlaku, penalti atau denda serta tindakan mahkamah menanti mereka.


"Hal ini supaya perkara yang berlaku dalam pilihan raya negeri yang lepas, tidak akan berlaku lagi. Kita harus belajar daripada kesilapan dan kelemahan dahulu,” katanya semasa berucap pada program Jelajah TVET di Dataran Kinabatangan pada Sabtu.


Timbalan Perdana Menteri turut memberi peringatan tegas supaya kesemua 45 calon yang mewakili BN dalam PRN Sabah ke-17 bekerja keras kerana ia satu-satunya peluang untuk BN dan UMNO kembali menjadi dominan di negeri tersebut.


Jelas beliau, rakyat Sabah mahu menyaksikan BN dan UMNO memerintah semula negeri itu selepas 29 November ini dan bertekad membawa kemajuan menyeluruh ke Kinabatangan.


"Saya diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibahim) sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, ertinya saya menteri kampung, menteri luar bandar, kawasan Kinabatangan kawasan kampung, jadi saya akan membantu memajukan Kinabatangan.


"Bukan sekadar (selesaikan) tiga serangkai iaitu jalan, elektrik dan bekalan air, lebih daripada itu pun kita akan bawa ke Lamag dan Sukau,” tegas beliau lagi.

Komen


bottom of page