PRN Sabah: PN tanding 41 kerusi, termasuk calon Ronald Kiandee
- S.KUMARA
- 12 Nov
- 2 min membaca

PENAMPANG - Perikatan Nasional (PN) akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 kali ini apabila mengisytiharkan partinya akan bertanding di 41 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini.
Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Aliakbar Gulasan merupakan antara calon dikemuka bersama 90 peratus calon muka baharu diturunkan ke medan pilihanraya untuk meraih kerusi di Sabah kali ini.
Kesemua calon itu akan bertanding menggunakan lambang PN pada PRN kali ini.
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah calon tersebut, seramai 33 orang daripadanya adalah dari parti beliau Bersatu sendiri, manakala lima lagi merupakan calon Pas dan tiga dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
"Walaupun mereka muka baharu tetapi masing-masing mempunyai rekod yang agak baik dan cemerlang, baik dari segi profesion mereka. Sebahagian besar umur pun masih muda dan telah melalui serta melulusi proses saringan yang kita fikir penting untuk diletakkan sebagai calon.
"Kenapa kami pilih tanding 41 (satu kerusi belum umum), kami berasakan itu sudah lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan apabila kami menang nanti. Kami telah melalui satu proses menyeluruh menilai setiap kawasan DUN yang ingin ditandingi dan ini adalah jumlah yang kami anggap munasabah serta praktikal.
"Kami telah melalui satu proses menyeluruh menilai setiap kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang ingin ditandingi dan ini adalah jumlah yang kami anggap munasabah serta praktikal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman calon PN untuk PRN Sabah di sini pada malam Selasa.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, berdasarkan maklumat di lapangan diperoleh oleh Ronald dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kerusi yang disenaraikan merupakan yang terbaik untuk PN tandingi.
"Kami sedar mungkin parti lain juga berminat untuk bertanding di kerusi yang sama, namun itu tidak menjadi masalah... semakin ramai, semakin meriah.
Apa yang penting, kami yakin pengundi Sabah cukup matang dan berkelayakan untuk menilai calon yang bertanding dan kami berharap mereka akan memberi peluang kepada Bersatu atau PN untuk menjadi pilihan serta memenangi pilihan raya kali ini," katanya.
Selain itu bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan kesediaan PN untuk menjalinkan kerjasama dan ia merupakan antara strategi PN untuk membentuk kerajaan selepas PRN nanti.-malaysiatoday





Komen