top of page
  • kumara885
  • 4 hari lalu
  • 1 min membaca
Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin Mulia


KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia percaya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mempunyai pilihan lain selain meletakkannya sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang bakal diadakan 29 November depan.


Beliau percaya bahawa kedudukannya sebagai Timbalan Presiden GRS dan peneraju kepada salah satu parti komponen gabungan itu, pucuk pimpinannya akan mengambil kira peranannya dalam menentukan calon di DUN Pintasan.


Bekas Speaker Dewan Rakyat itu merasakan bahawa beliau masih mampu berkhidmat dan menyumbang kepada rakyat, malah menolak tanggapan bahawa faktor usia menjadi penghalang, sambil mengingatkan bahawa setiap orang akan menempuh usia tua suatu hari nanti.


"Saya mahu bertanding kerana saya fikir saya boleh lagi. Orang bilang saya tua, jadi, kamu orang muda-muda jangan selalu hentam orang tua. Kerana kamu akan jadi tua juga satu hari nanti. Jadi secara serius ya, saya mahu bertanding di Pintasan," katanya.


Sebelum itu, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemberita mengenai pengakuannya dalam ucapan yang berhasrat mahukan kerusi Pintasan untuk ditandinginya dalam PRN kali ini.


Mengulas lanjut mengenai proses perbincangan pembahagian kerusi dalam GRS, beliau mengakui ia masih belum selesai dan belum dimuktamadkan setakat ini.


Komen


bottom of page