top of page

PTPTN Meterai MoU dengan My Digital ID

  • kumara885
  • 24 Okt
  • 1 min membaca
PTPTN Meterai MoU dengan My Digital ID
PTPTN Meterai MoU dengan My Digital ID

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan My Digital ID Sdn Bhd bagi mengintegrasikan identiti digital MyDigital ID ke dalam aplikasi myPTPTN.


Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata langkah itu dapat memperkukuh kecekapan serta meningkatkan pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan secara dalam talian.


"Transformasi ini memberi manfaat besar kepada masyarakat kerana membolehkan mereka berurusan secara mudah, cepat dan selamat dari rumah, kampus atau di mana sahaja.


"Ia sekali gus meningkatkan kecekapan dan pengalaman pengguna dalam mengakses perkhidmatan secara dalam talian.


"Kerjasama itu sejajar dengan aspirasi Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Dasar Identiti Digital Nasional (NDID) dan Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan menjadi asas kepada transformasi perkhidmatan awam dan pembangunan ekonomi digital negara," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU itu di menara PTPTN di sini hari ini.


PTPTN diwakili Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Majid manakala My Digital ID diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nik Hisham Nik Ibrahim.


Selain Norliza, pemeteraian MoU turut disaksikan Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif My Digital ID Azrin Aris dan pengurusan kanan dua organisasi tersebut.


Norliza berkata, aplikasi myPTPTN juga selari dengan teras ke lima pelan strategik PTPTN 2021-2025 yang memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan.


"Sehingga 15 Oktober, lebih 2.8 juta pengguna menggunakan myPTPTN secara dalam talian," katanya.




Komen


bottom of page