top of page

Rakam wanita dalam tandas, polis buru lelaki pakai baju 'Aku Kuat Aku Ultraman'

  • EDITOR
  • 22 Nov
  • 1 min membaca
ree

Rakam wanita dalam tandas, polis buru lelaki pakai baju 'Aku Kuat Aku Ultraman'


KUALA TERENGGANU - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki merakam seorang wanita secara sembunyi dalam tandas awam pusat beli-belah di sini dalam kejadian jam 6.12 petang Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang jurujual berusia 29 tahun mendakwa ternampak telefon bimbit dari celah pintu ketika berada di tandas wanita tingkat 1 pusat beli-belah berkenaan.


"Berdasarkan laporan, suspek dipercayai lelaki berusia awal 20an, berambut perang, memakai kemeja T putih bergambar Ultraman dengan tulisan 'Aku Kuat Aku Ultraman', berseluar jean gelap dan membawa beg silang.


"Sebaik perbuatannya disedari, suspek terus melarikan diri, namun mangsa sempat merakam visual suspek dari arah belakang," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.


Tambah Azli lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu turut menunjukkan suspek berlari keluar melalui pintu utama pusat beli-belah berkenaan sebelum menuju ke arah Dataran Shahbandar.


"Polis sedang menganalisis rakaman penuh CCTV bagi pengecaman wajah suspek, selain mengesan saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 448/509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan melakukan perbuatan mengaibkan," jelas beliau.


Beliau berkata, pihak polis memandang serius pencerobohan ruang peribadi serta perbuatan mengaibkan khususnya di tempat awam.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Terengganu di talian 09-6322222 atau mana-mana balai polis berdekatan," tegasnya lagi.


Komen


bottom of page