- kumara885
- 2 hari lalu
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan Rakan KKM bermula di Hospital Cyberjaya.
Menterinya, Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad berkata, inisiatif baharu itu akan melibatkan perkhidmatan Ortopedik dan Perubatan Dalaman (Internal Medicine).
"Pihak Rakan KKM optimis bahawa pelaksanaan dan arah tuju pengoperasian program ini akan menjadi lebih jelas sebaik sahaja semua keperluan perundangan, teknikal dan operasi dimuktamadkan," katanya menerusi jawapan bertulis di Laman Rasmi Parlimen hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu lagi, Inisiatif Rakan KKM merupakan salah satu inisiatif transformasi sistem kesihatan yang menyediakan pilihan perkhidmatan kesihatan dan prosedur elektif (bukan kecemasan) yang terpilih berbayar yang
berpatutan kepada pesakit.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan setakat ini, apakah kekangan yang dihadapi oleh Kementerian untuk melaksanakan Rakan KKM serta prosedur-prosedur yang bakal dilaksanakan dalam program Rakan KKM dan bilakah ia akan dilaksanakan.
Mengulas lanjut berhubung inisiatif itu beliau memberitahu bahawa inisiatif berkenaan bertujuan mengekalkan kakitangan KKM termasuk pakar perubatan yang terlibat dengan imbuhan tambahan, dan bakal menjana pendapatan tambahan kepada KKM bagi tujuan membaik pulih fasiliti kesihatan KKM.
"Cabaran yang wujud dalam pelaksanaan Rakan KKM termasuk keperluan untuk menyelaras proses pelesenan dan dokumen perjanjian kontrak antara “Rakan KKM Sdn. Bhd. (RKSB)” dengan pihak KKM," tegasny lagi.





Komen