top of page

Ramkarpal desak KDN jawab pasport dua kerakyatan 7 pemain warisan

  • S.KUMARA
  • 26 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh di Parlimen pada Rabu mendesak kerajaan supaya mengarahkan siasatan baharu berhubung dakwaan salah laku melibatkan pemberian pasport kepada tujuh pemain warisan susulan pendedahan dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Pemimpin DAP itu berkata, meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menyatakan tiada unsur jenayah, dapatan FIFA jelas menunjukkan wujud persoalan serius yang perlu disiasat semula.


"Adakah kementerian bertanggungjawab iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan PDRM dan SPRM membuka kertas siasatan baharu berdasarkan laporan tersebut?


"Sekiranya wujud unsur jenayah, adakah perancang atau 'mastermind' di sebalik skandal ini akan didedahkan dan dihadapkan ke mahkamah?" soal beliau semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) KDN di Dewan Rakyat hari ini.


Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, permohonan tujuh pemain daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan kewarganegaraan diluluskan melalui jalur naturalisasi.


Beliau memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu permohonan untuk menjadi warganegara yang datang daripada kerakyatan asing.


Penghakiman penuh yang dikeluarkan oleh Badan Penghakiman FIFA menerusi 'notification of the grounds of the Decision-FDD-24394' yang ditandatangani oleh Pengarah Badan Kehakiman FIFA, Luis Villas Pires, sebaliknya mendapati FAM dan tujuh pemain kelahiran luar negara didakwa menggunakan dokumen palsu (sijil lahir datuk/nenek) untuk membuktikan asal-usul Malaysia.


Bagaimanapun, FAM membuat keputusan untuk mencabar FIFA di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dan segala kos itu akan ditanggung oleh Pemangku Sultan Johor Tengku Mahkota Ismail. - malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page