top of page
  • kumara885
  • 15 Okt
  • 1 min membaca
Harimau Malaya bakal lonjak ke tangga 118 dunia FIFA jika menundukkan Laos di Bukit Jalil malam Selasa.Foto Kredit:FAM
Harimau Malaya bakal lonjak ke tangga 118 dunia FIFA jika menundukkan Laos di Bukit Jalil malam Selasa.Foto Kredit:FAM


KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk penonton kaca televisyen di rumah pada malam ini akan tertumpu kepada skuad bola sepak Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal bertemu menentang pasukan Laos dalam aksi keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 tanpa tujuh pemain warisan menjalani penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


Malaysia sedang mengungguli carta dengan sembilan mata berbanding musuh kuatnya Vietnam di tangga kedua dengan enam mata dengan satu kekalahan kepada Harimau Malaya 4-0 di Bukit Jalil sebelum ini.


Kemenangan 3-0 ke atas Laos yang menduduki tangga ke-185 dunia meletakkan pasukan kebangsaan selangkah ke Pusingan Akhir Piala Asia 2027 dan bersiap sedia mengulangi kejayaan sama dalam aksi malam ini.


Sekiranya Skuad kebangsaan yang turun tanpa tujuh pemain warisan berjaya malam ini, ia berpeluang untuk meraih tambahan +6.53 mata untuk mengumpul 1161.52 mata berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.


Kemenangan juga bakal membantu Harimau Malaya untuk melonjak ke kedudukan 118 dunia berbanding ranking semasa FIFA 123 dunia sekali gus menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara.


Pasukan terbaik di Asia Tenggara kekal menjadi milik Thailand yang menduduki tangga ke-98 dunia diikuti Vietnam (114) dan juga Malaysia (118) sekiranya Malaysia mengesahkan kemenangan tiga mata pada malam ini.


Komen


bottom of page