top of page
  • kumara885
  • 13 Okt
  • 1 min membaca

Pearly Tan-Thinaah berjaya menebus kekecewaan selaku naib juara edisi 2024 apabila julang kejuaraan Badminton Terbuka Artik 2025 di Finland semalam.
Pearly Tan-Thinaah berjaya menebus kekecewaan selaku naib juara edisi 2024 apabila julang kejuaraan Badminton Terbuka Artik 2025 di Finland semalam.



KUALA LUMPUR 13 Oktober- Beregu wanita utama badminton negara, Pearly Tan–M Thinaah terus membuktikan status mereka selaku antara gandingan terbaik arena badminton dunia apabila berjaya menjuarai Badminton Terbuka Artik 2025.


Ia merupakan gelaran Jelajah Dunia BWF kedua musim ini untuk gandingan mantap itu.


Pasangan nombor dua dunia dan naib juara dunia itu menampilkan aksi bertenaga serta tersusun untuk menundukkan beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakashini, dengan kemenangan 21-7, 21-9 dalam aksi final yang berlangsung selama 32 minit di Arena Energia, pada Ahad.


Kemenangan itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan mereka dalam ranking dunia, malah menebus kekecewaan tahun lalu apabila sekadar bergelar naib juara di kejohanan sama pada 2024.


Kejayaan di Finland itu menambah koleksi kejuaraan Jelajah Dunia mereka kepada lima gelaran keseluruhan, selepas turut menjuarai Terbuka Switzerland 2021, Terbuka Perancis 2022, Terbuka Hong Kong 2024 dan Terbuka Thailand 2025.


Bagi musim ini, gelaran di Terbuka Artik menjadi yang kedua selepas mereka turut muncul juara Terbuka Thailand pada Mei lalu.


Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM158,543), manakala Iwanaga-Nakashini, menerima AS$18,050 (RM76,261) selaku naib juara.


Komen


bottom of page