top of page

Ratu bergu utama badminton negara Perly-Thinaah kini no 1 dunia

  • S.KUMARA
  • 7 Nov
  • 1 min membaca
Pearly-Thinaah kini mengungguli ranking nombor satu dunia dalam dunia WBF
Pearly-Thinaah kini mengungguli ranking nombor satu dunia dalam dunia WBF

KUALA LUMPUR- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah kali ini melakar sejarah pada musim ini dalam dunia badminton apabila berjaya merampas kedudukan nombor satu ranking kelayakan Jelajah Dunia BWF daripada gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.


Naib juara dunia itu kini mengumpul 104,860 mata, mengatasi Sheng Shu-Tan Ning yang mengumpul 103,150 mata selepas pasangan China berkenaan tidak beraksi pada Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.


Ranking Jelajah Dunia BWF digunakan bagi menentukan lapan beregu terbaik yang layak beraksi di Final Jelajah Dunia (WTF) di Hangzhou dari 17 hingga 21 Disember ini.


Bagaimanapun, Pearly-Thinaah masih berada di tangga kedua ranking dunia di belakang pasangan China itu yang menduduki tangga teratas.


Namun, pencapaian muncul nombor satu dalam ranking Jelajah Dunia pastinya memberi suntikan moral buat mereka menjelang Masters Kumamoto di Jepun bermula Selasa ini.


Pearly-Thinaah kini memburu gelaran Jelajah Dunia ketiga musim ini, selepas menjuarai Terbuka Thailand dan Terbuka Artik di Finland.


Beregu negara itu yang diletakkan sebagai pilihan pertama di Jepun dijangka membuat perhitungan dengan gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong jika masing-masing mara ke final kejohanan bertaraf Super 500 itu.


Komen


bottom of page