top of page

Remaja perempuan cedera ditikam semasa menunggang motosikal

  • kumara885
  • 21 Okt
  • 1 min membaca
ree

MELAKA – Seorang remaja perempuan tercedera selepas disyaki ditikam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling di sini pada petang Isnin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berpakaian hitam menunggang motosikal seorang diri sebelum didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal lain.


Mangsa secara tiba-tiba ditikam dari arah belakang oleh suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan parah sebelum diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian tersebut.


Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan pihak polis sedang memburu suspek kejadian yang masih bebas.


Katanya, mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan.


Komen


bottom of page