top of page

Rokok seludup dalam Villfire di tepi jalan

  • S.KUMARA
  • 10 Nov
  • 1 min membaca
Kastam Terengganu menumpaskan sindiket seludup rokok haram mengunakan kenderaan mewah Vellfire semalam.
Kastam Terengganu menumpaskan sindiket seludup rokok haram mengunakan kenderaan mewah Vellfire semalam.

Rokok seludup dalam Villfire tepi jalan



KEMAMAN - Taktik licik sindiket kontraban yang menyeludup rokok haram menggunakan kenderaan mewah sebagai mengkaburi mata pihak berkuasa akhirnya terbongkar.


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu menggagalkan cubaan menyembunyikan 352,800 batang rokok seludup yang disimpan dalam kenderaan mewah di tepi jalan Nyior Mawar di Kampung Dusun Nyior di sini.


Pengarah Kastam Terengganu, Hasbollah Din berkata, kegiatan itu terbongkar hasil risikan pasukan Unit Marin, Cawangan Penguatkuasaan Kemaman dalam Ops Macan Legit 2 pada 6 Ogos lalu.


Menurutnya, pasukan itu melakukan intipan selama 40 minit terhadap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang ditinggalkan di lokasi berkenaan.


"Pasukan berkenaan menjalankan pemantauan sebelum melakukan serbuan ke atas kenderaan itu selepas mendapati tiada sebarang pergerakan.


"Hasil pemeriksaan lanjut berjaya membawa kepada penemuan sebanyak 352,800 batang rokok putih pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam kenderaan mewah itu dengan anggaran nilai RM78,528, manakala jumlah duti dan cukai terlibat dianggarkan RM240,700.80," katanya dalam sidang media pada Ahad.


Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan berjumlah RM319,228.80 dan kenderaan bersama muatannya telah disita untuk siasatan lanjut.


Hasbollah berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan menggunakan modus operandi menyimpan rokok seludup dari luar Terengganu dalam kenderaan mewah bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.


Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.- malaysiatoday


Komen


bottom of page