top of page

Rombakan Kabinet: Anwar seloroh minta media kemuka senarai

  • S.KUMARA
  • 8 Nov
  • 1 min membaca
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengambil pendirian mengunci mulutnya berhubung perkara tersebut.


Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media mengemukakan senarai nama barisan Kabinet baharu.


“Tolong bagi cadangan (kepada saya) kalau ada,” katanya ringkas secara berseloroh di sini.


Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.


Dalam ucapan pada majlis penutup FOI 2025, beliau mengharapkan Anwar dapat memberikan sokongan penuh kepada penganjuran FOI untuk tahun-tahun akan datang meskipun beliau tidak mengetahui sama ada masih menerajui kementerian itu atau sebaliknya.


“Jadi sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun yang akan datang.- malaysiatoday



Komen


bottom of page