top of page

Rombakan kabinet dalam tempoh dua tiga minggu lagi

  • S.KUMARA
  • 8 Nov 2025
  • 1 min membaca


PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet bakal berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.


Menteri Pendidikan Tinggi itu ketika berucap di Majlis Penutup Festival Idea Putrajaya mengharapkan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk penganjuran festival berkenaan bagi tahun- tahun akan datang meskipun nasib beliau sebagai menteri Kabinet tidak diketahui.


"Jadi, sekali lagi saya berharap sokongan daripada Perdana Menteri yang tidak berbelah bahagi untuk tahun-tahun akan datang.


"Sama ada saya masih menjadi menteri Kabinet atau pun tidak, itu soal nombor dua. Ini adalah agenda negara.


"PM (Anwar) senyum saja bagi isyarat, sebab saya pun tak lama dua tiga minggu ja lagi," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Jumaat.


Beliau yang juga Setiausaha Agung BN mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2 Disember 2022 di Istana Negara sebelum dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan seterusnya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.


Turut mengangkat sumpah pada tarikh sama ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Tengku Zafrul merupakan satu-satunya senator yang berkhidmat selama dua penggal berbanding tiga yang lain.-malaysiatoday


Komen


bottom of page