- kumara885
- 4 hari lalu
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) memohon maaf secra terbuka atas kesilapan dalam siaran langsung RTM sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan sidang-sidang berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
RTM menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa, siasatan dalaman pihaknya mendapati terdapat kesilapan oleh pengulas siaran yang menyebut nama Presiden Republik Indonesia sebagai Joko Widodo, sedangkan pemimpin yang terkini ialah Prabowo Subianto.
"RTM memandang serius perkara ini dan tindakan sewajarnya telah diambil terhadap individu terbabit.
"Kami dengan ini, memohon maaf kepada Presiden dan Kerajaan Republik Indonesia, serta semua pihak yang terkesan akibat kesilapan ini," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut RTM, langkah penambahbaikan akan terus dilaksanakan bagi memastikan ketepatan maklumat dalam setiap siaran.
"RTM akan memperkukuh kawalan editorial serta semakan fakta bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat dan berintegriti," katanya.
Kenyataan rasmi itu juga telah dimuat naik di pelbagai platform media sosial RTM.





Komen