top of page

Sabah bentuk Kerajaan Perpaduan dianggotai GRS, PH, BN

  • EDITOR
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
Joachim (kanan) membacakan senarai penuh Kabinet baharu Sabah pada sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.
Joachim (kanan) membacakan senarai penuh Kabinet baharu Sabah pada sidang media di Kediaman Rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Isnin.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan bahawa Kerajaan Perpaduan telah ditubuhkan di negeri tersebut selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 pada 29 November lalu.


Timbalan Ketua Menteri Sabah Satu, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, kerajaan perpaduan itu kini disertai oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


Katanya lagi, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) belum lagi menganggotai Kabinet kerajaan  Sabah.


"Ya, Kerajaan Perpaduan. Star belum," katanya dalam sidang media rasmi yang diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya pada petang Isnin.


Dalam sidang sama beliau turut mengumumkan senarai anggota Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di Sabah.


Berikut adalah senarai anggota Kabinet Sabah yang terpilih dan mengangkat sumpah di Istana petang tadi:


Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam


Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun


Timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif


Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang


Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin


Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki


Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan.



Komen


bottom of page