top of page

Sabah Mengundi: Calon GRS, Tan Sri Pandikar Amin dahului di DUN Pintasan

  • Editorial
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree

KOTA KINABALU - Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilaporkan sedang mendahului di DUN Pintasan dengan 214 undi bersempena Hari Mengundi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang telah berlangsung pada hari ini


Manakala beliau diikuti oleh calon Bebas Datuk Fairuz Renddan (Bebas) dengan 177 undi ditempat kedua sementara calon Warisan, Abdullah Otong memperolehi 101 undi, Tadzul Radim (Barisan Nasional) dengan 39 undi dan Datuk Almudin Kaida (KDM) 31 undi.


Awang Saleh Makmud (PN) masing-masing mendapat 5 undi, seorang lagi calon Bebas Syarif Mohd Shukree Danchingan dan Manakala Lomog Rudin @Efejus Rudin (PIS) masing-masing mendapat 3 undi.


Sementara, dua lagi calon Bebas, Tajuddin Padis, Mohd Rizal Saiman dan Raplim Samat (STAR) belum menerima sebarang undi.


Keputusan PRN dijangkakan bermula 10 malam ini dan keputusan penuh dijangkakan diperolehi 12 tengah malam ini.

Komen


bottom of page